Kn. P.U. 11/2007
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) 2007




Kaedah 2. Tafsiran

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Enakmen” ertinya Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 [En. 7/02];

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [En. 3/82];

“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya seorang Hakim yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) Enakmen Pentadbiran;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a) Enakmen Pentadbiran;

“Pendaftar” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;

“Pendengaran” ertinya apa-apa prosiding dalam Mahkamah terbuka atau dalam kamar atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Sulh yang disebut dalam subkaedah 5(1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.