Kn. P.U. 10/2000 KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA KELAYAKAN DAN TATATERTIB PEGUAM SYARIE
Kaedah 3. Penubuhan Jawatankuasa.
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kelayakan dan Tatatertib Peguam Syarie yang akan menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan kelayakan dan tatatertib Peguam Syarie di Negeri Kelantan.