Kn. P.U. 06/99 KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999 BAHAGIAN V - HUKUMAN
Kaedah 42. Penurunan pangkat.
Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai atau pengkhidmat mengikut cara yang berikut:
(a) dengan menurunkan gred pegawai atau pengkhidmat itu kepada gred yang Iebih rendah; dan
(b) dengan menentukan gaji pegawai atau pengkhidmat itu pada suatu matagaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu, yang adalah gaji yang Iebih rendah daripada, tetapi paling hampir dengan, gaji akhir yang diterima oleh pegawai atau pengkhidmat itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.