M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




JADUAL PERTAMA - Borang D

PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH
AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003

Borang D

(Peraturan 4)

PERAKUAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM DAN SURAT
CARA PENGURUSAN


No. Pendaftaran: .............................................................................
Adalah dengan ini diperakui bahawa .............................................. yang beralamat di ............................................... dan Surat Cara Pengurusan telah didaftarkan di bawah seksyen 7 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka ) 2002.

Nama Pengerusi: .............................................................................

No. Kad Pengenalan/Pasport No.: .....................................................

Alamat: ........................................................................................................


Perakuan Pendaftaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat (*) yang berikut:

1. Sekolah Agama tersebut hendaklah pada setiap masa diuruskan dan disenggarakan mengikut Surat Cara Pengurusan Sekolah, Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka) 2002 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Sekolah Agama Islam (Melaka) 2003 dan peraturan-peraturan lain yang dibuat di bawah Enakmen itu.

2. Hendaklah pada setiap masa mematuhi arahan-arahan daripada Pendaftar, Majlis Agama Islam Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka.

3. Mengekalkan bilangan minimum pelajar seramai lima belas (15) orang.

4. Mengikuti kurikulum yang ditetapkan/diperakui oleh Majlis Agama Islam Melaka.

5. Bangunan hendaklah telah memenuhi standard keselamatan dan kesihatan yang diperakui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.


Tarikh: ..............................
...............................................
Tandatangan Pendaftar

* Tertakluk dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.