M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“daftar” ertinya suatu daftar yang disenggarakan oleh Pendaftar di bawah peraturan 6;

“Jemaah” ertinya Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Enakmen;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam;

“perakuan pendaftaran” ertinya suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peraturan 4;

“sekolah agama” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Enakmen.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.