M.P.U. 8/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (KOS DAN ELAUN) 2004




Jadual Pertama - Bahagian II

Bil.
Butiran
Mahkamah
Rendah
Syariah
(RM)
Mahkamah
Tinggi
Syariah
(RM)
Mahkamah
Rayuan
Syariah
(RM)
Catatan

BAHAGIAN II

PROSIDING DALAM KAMAR

8.
Menyediakan, mengeluarkan,
memfailkan dan menyampaikan
kepada satu pihak, notis—

    (a) untuk meneruskan di bawah sesuatu penghakiman atau perintah
10.00
20.00
20.00
    (b) untuk melanjutkan masa
10.00
20.00
20.00

9.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, notis untuk
hadir dalam Kamar (selain daripada notis yang disebut dalam butiran 8)
4.00
6.00
6.00

10.
Menghadiri untuk mendapatkan temujanji bagi pendengaran di hadapan Hakim atau Pendaftar
4.00
6.00
6.00

11.
Menghadiri dan menghantar-serahkan kertas-kertas yang dikehendaki bagi kegunaan Hakim atau Pendaftar dalam Kamar
4.00
6.00
6.00

12.
Menghadiri pendengaran per-mohonan dalam Kamar—

    (a) jika secara ex-parte atau dengan persetujuan atau atas penangguhan tanpa pendengaran
10.00
20.00
20.00
    (b) dalam apa-apa hal lain
20.00
40.00
40.00

13.
Menghadiri untuk menyelesaikan draf atau minit bagi apa-apa penghakiman atau perintah
10.00
20.00
20.00

14.
Menghadiri untuk menyediakan dan mencatatkan apa-apa perintah, jika butiran 13 tidak terpakai
4.00
6.00
6.00



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.