M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




Peraturan 10. Yuran sekolah dan bayaran lain

(1) Tiada suatu sekolah agama pun boleh mengutip apa-apa yuran sekolah atau apa-apa bayaran lain daripada mana-mana murid selain yuran sekolah atau bayaran lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

(2) Apa-apa perubahan kepada apa-apa yuran sekolah atau bayaran lain yang dikenakan oleh sekolah agama hendaklah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar terlebih dahulu.

(3) Senarai yuran sekolah dan bayaran lain yang telah diluluskan oleh Pendaftar hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis sekolah agama itu dan hendaklah juga dimasukkan dalam prospektus sekolah agama itu, jika berkaitan.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.