M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




Peraturan 9. Salinan perakuan.

(1) Pendaftar boleh mengeluarkan suatu salinan perakuan pendaftaran untuk menggantikan perakuan pendaftaran yang hilang atau musnah apabila menerima permohonan dalam Borang F Jadual Pertama.

(2) Permohonan untuk mendapatkan salinan suatu perakuan pendaftaran hendaklah disertakan dengan fi yang berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3) Jika Pendaftar berpuas hati dengan permohonan untuk mendapatkan salinan suatu perakuan pendaftaran, Pendaftar hendaklah mengeluarkan salinan yang sedemikian yang mengandungi perkataan ‘GANTIAN’ pada salinan perakuan itu.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.