M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




Peraturan 7. Pertukaran alamat premis sekolah agama.

(1) Permohonan untuk kelulusan untuk menukar alamat premis sekolah agama atau membuat apa-apa perubahan kepada premis itu hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam tempoh tidak kurang daripada tiga bulan sebelum pertukaran alamat atau perubahan kepada premis itu dilakukan.

(2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam Borang E Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan fi yang berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.