M.P.U. 1/2003
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003




JADUAL PERTAMA - Borang B

PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAHSEKOLAH
AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003

Borang B

(Perenggan 3(1)(b))

SURAT CARA PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA ISLAM

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Nama Sekolah

1. Maka hendaklah ditubuhkan suatu Sekolah Agama Islam yang akan dikenali dengan nama ..........................................................................................

Alamat sekolah

(nama sekolah agama yang akan didaftarkan) beralamat di ................................................... (atau di mana-mana alamat seperti yang didaftarkan oleh Pendaftar).

Tujuan sekolah

2. Tujuan-tujuan sekolah ialah untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan agama Islam dan mengajar Al-Quran kepada murid-murid, untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, dan apa-apa perkara lain yang bersampingan dengannya.


BAHAGIAN II

JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH

Penubuhan Jemaah Pengurusan

3. Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jemaah Pengurusan bagi sekolah agama yang hendaklah terdiri daripada (sekurang-kurangnya tujuh orang dan tidak lebih daripada tujuh belas orang) anggota-anggota yang berikut:

Kelayakan anggota Jemaah.

4. (1) Seseorang anggota Jemaah—

(2) Mana-mana anggota Jemaah hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula.

Persetujuan menjadi anggota Jemaah.

5. Seseorang anggota Jemaah hendaklah terlebih dahulu memberikan persetujuan untuk memegang jawatan yang dipegang olehnya dalam Jemaah.

Jawatan disifatkan sebagai dikosongkan.

6. Jawatan seseorang anggota Jemaah hendaklah dikosongkan—

Kekosongan dalam Jemaah hendaklah diisi dengan segera.

7. Mana-mana kekosongan dalam Jemaah hendaklah diisi dengan seberapa segera yang mungkin melalui keputusan yang hendaklah diambil dalam mesyuarat Jemaah, dan orang yang dilantik atau dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan itu hendaklah memegang jawatan itu untuk baki tempoh jawatan itu.

Mengurus sekolah agama mengikut Enakmen.

8. Anggota-anggota Jemaah hendaklah menguruskan dan menyenggarakan sekolah agama mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka) 2002, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka) 2003 dan peraturan-peraturan lain yang dibuat di bawah Enakmen itu dan surat cara pengurusannya yang diluluskan oleh Pendaftar.

BAHAGIAN III

MESYUARAT JEMAAH

Mesyuarat Jemaah.

9. Jemaah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun.

Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat.

10. Sesuatu mesyuarat Jemaah hendaklah dipanggil oleh Setiausaha Jemaah melalui notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat itu diadakan, dan notis itu hendaklah dihantar kepada anggota-anggota bersama-sama dengan agenda mesyuarat. Bagaimanapun, tiga orang anggota Jemaah boleh, melalui notis bertulis kepada Setiausaha atau Pengerusi Jemaah, meminta supaya suatu mesyuarat tambahan diadakan.

Kuorum.

11. Kuorum semua mesyuarat Jemaah hendaklah tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada bilangan keseluruhan anggota Jemaah.

Jika Pengerusi tidak hadir mesyuarat.

12. Dalam mana-mana mesyuarat Jemaah, jika Pengerusi Jemaah tidak hadir, Timbalan Pengerusi Jemaah hendaklah menjadi pengerusi mesyuarat. Jika Timbalan Pengerusi juga tidak hadir, anggota-anggotayang hadir boleh memilih seorang daripada mereka yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

Keputusan mesyuarat melalui undi.

13. Tiap-tiap persoalan yang hendak diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Jemaah hendaklah secara undi majoriti angota-anggota yang hadir dan jika terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

Surat-menyurat dan minit.

14. (1) Setiausaha Jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat sekolah agama dan hendaklah memastikan bahawa minit segala mesyuarat Jemaah disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutunya.

(2) Minit-minit mesyuarat Jemaah hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar selepas satu bulan sesuatu mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Agung Tahunan.

15. (1) Mesyuarat Agung Tahunan sekolah agama hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun antara bulan Januari hingga Mac.

(2) Setiap Mesyuarat Agung Tahunan sekolah agama hendaklah mengandungi agenda yang berikut:

(3) Satu pertiga daripada ibu dan bapa yang anak mereka belajar di sekolah agama hendaklah membentuk kuorum bagi Mesyuarat Agung Tahunan sekolah agama itu.

(4) Sesuatu keputusan Mesyuarat Agung Tahunan sekolah agama hendaklah dibuat secara sebulat suara atau melalui undi majoriti ibu dan bapa yang hadir.

Penzahiran kepentingan.

16. (1) Seseorang anggota Jemaah yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau menerusi anggota keluarganya berhubung dengan mana-mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Jemaah hendaklah menzahirkan kepada Jemaah hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Jemaah yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

Jemaah boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat.

17. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jemaah bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

Sahnya perbuatan dan prosiding.

18. Tiada apa-apa jua perbuatan yang dilakukan atau apa-apa prosiding yang diambil oleh Jemaah boleh dipersoal atas alasan—


BAHAGIAN IV

YURAN DAN KEWANGAN

Yuran.

19. (1) Yuran hendaklah dikenakan ke atas murid-murid.

(2) Penetapan yuran adalah tertakluk kepada kelulusan Jemaah dan oleh Pendaftar.

(3) Apa-apa punca pendapatan lain sekolah agama hendaklah ditentukan oleh Jemaah dari semasa ke semasa mengikut kehendak keadaan.

Penyimpanan akaun dan rekod kewangan.

20. (1) Jemaah hendaklah memastikan disimpan dengan sepatutnya akaun dan rekod-rekod kewangan yang lain yang berkaitan dengan Akaun Sekolah Agama dan apa-apa akaun lain sekolah agama itu.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka) 2002, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Sekolah-Sekolah Agama Islam (Melaka) 2003 dan peraturan-peraturan lain yang dibuat di bawah Enakmen itu, Akaun Sekolah Agama dan apa-apa akaun lain sekolah agama hendaklah disimpan di sekolah itu oleh Bendahari Jemaah di bawah pengawasan Jemaah atau di mana-mana tempat lain dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diputuskan oleh Jemaah.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran.

21. Adalah menjadi tanggungjawab Jemaah untuk menyebabkan disediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah agama bagi setiap tahun kewangan sebelum diluluskan oleh Pendaftar.

Akaun sekolah hingga 31 Disember.

22. Akaun sekolah agama hendaklah dibuat sehingga 31 haribulan Disember setiap tahun. Bendahari Jemaah hendaklah menyebabkan disediakan suatu penyata terimaan dan perbelanjaan dan suatu kunci kira-kira bagi tahun itu yang hendaklah dikemukakan kepada Jemaah dan Jemaah hendaklah menyebabkan penyata dan kunci kira-kira itu diaudit oleh juruaudit atau juruaudit-juruaudit yang bertauliah atau juruaudit yang dilantik oleh Jemaah dan yang diluluskan oleh Pendaftar.

Mengemukakan salinan akaun yang telah diaudit kepada Pendaftar.

23. Bendahari Jemaah hendaklah mengemukakan suatu salinan akaun teraudit kepada Pendaftar tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun. Pendaftar boleh meminta maklumat atau penerangan lanjut mengenai akaun itu atau boleh melantik seorang juruaudit atau juruaudit-juruaudit untuk mengaudit akaun itu sekali lagi itu jika difikirkannya perlu berbuat demikian.

Panjar wang runcit.

24. Semua wang tunai hendaklah disimpan dalam Bank yang dipilih oleh Jemaah kecuali bahawa Bendahari boleh menyimpan RM500.00 pada satu-satu masa untuk perbelanjaan runcit.

Kuasa menandatangani cek.

25. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Jemaah bagi apa-apa amaun yang melebihi RM30,000.00 dan cek yang bernilai kurang daripada itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Bendahari atau Setiausaha Jemaah.

BAHAGIAN V

PELANTIKAN JAWATANKUASA

Pelantikan jawatankuasa.

26. (1) Jemaah boleh dengan persetujuan Pendaftar menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan kewajipan, fungsi dan perjalanan kuasanya.

(2) Jawatankuasa-jawatankuasa yang hendak ditubuhkan menurut kuasa subperenggan (1) hendaklah termasuk yang berikut:

(3) Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperenggan (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Jemaah atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jemaah.

(4) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5) Jemaah boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

(7) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperenggan (1)—

(8) Jemaah boleh, pada bila-bila masa, menghentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(9) Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(10) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

BAHAGIAN VI

PELBAGAI

Lembaga hendaklah menerima guru, dan lain-lain.

27. Jemaah hendaklah menerima mana-mana guru atau pegawai yang ditempatkan oleh Majlis Agama Islam Melaka atau Kerajaan Negeri Melaka di sekolah agama itu bagi apa-apa tempoh tertentu jika difikirkan perlu atau suai manfaat berbuat demikian oleh Majlis atau Kerajaan Negeri Melaka.

Tatacara membuat pindaan surat cara pengurusan.

28. (1) Jemaah boleh membuat, meminda atau membatalkan Surat Cara Pengurusannya.

(2) Cadangan untuk membuat Surat Cara pengurusan yang baru atau meminda atau membatalkan Surat Cara Pengurusan yang sedia ada hendaklah disediakan oleh Setiausaha Jemaah dan hendaklah dipersetujui oleh Pengerusi Jemaah.

(3) Sesuatu cadangan untuk mengadakan Surat Cara Pengurusan yang baru atau membuat apa-apa pindaan kepada atau membatalkan Surat Cara Pengurusan yang sedia ada tidak boleh dikemukakan kepada Pendaftar untuk kelulusan melainkan jika cadangan itu terlebih dahulu dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah dan diluluskan oleh Jemaah.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.