M.P.U. 1/2003 PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2003
Peraturan 11. Akaun Sekolah Agama hendaklah diaudit.
Pengerusi atau orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan sesuatu sekolah agama—
(a) hendaklah menyediakan laporan tentang Akaun Sekolah Agama itu dan laporan kewangan tahunan bagi setiap tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun;
(b) hendaklah memastikan bahawa laporan-laporan yang disebut dalam perenggan (a) diaudit oleh juruaudit yang bertauliah atau yang diluluskan oleh Pendaftar; dan
(c) hendaklah mengemukakan satu salinan laporan teraudit yang disebut dalam perenggan (b) kepada Pendaftar tidak lewat daripada 31 Mac pada tahun berikutnya sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 17 Enakmen.