M. P.U. 5/82
PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982




Peraturan 8. Pengerusi.

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat LUKMAL.

(2) Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat LUKMAL semasa ketiadaan Pengerusi.

(3) Di dalam ketiadaan kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, LUKMAL bolehlah memilih seorang anggota yang lain untuk menjadi Pengerusi mesyuarat.

(4) Pengerusi hendaklah menentukan susunan agenda di dalam sesuatu mesyuarat.

(5) Pengerusi boleh memutuskan akan cara-caranya anggota boleh bercakap di dalam mesyuarat itu dan boleh menghendaki bila-bila masa pun seseorang anggota supaya berhenti daripada bercakap.

(6) Pengerusi hendaklah berhak mengundi dan jika ada persemaan bilangan undi di atas sesuatu ketetapan Pengerusi hendaklah mempunyai satu undi putus.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.