M. P.U. 5/82
PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982




Peraturan 10. Keputusan mesyuarat.

(1) Terkecuali sebagaimana yang disyaratkan dengan nyatanya oleh Peraturan ini, segala pekerjaan LUKMAL hendaklah dijalankan mengikut keputusan mesyuarat LUKMAL yang diadakan dari semasa ke semasa dengan suara terbanyak setelah mendapat kelulusan dari Majlis.

(2) Sesuatu ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota LUKMAL, melainkan dalam sesuatu perkara yang khas atau jenis perkara yang Majlis Agama Islam memerintahkan dengan jalan yang lainnya, hendaklah mempunyai ketetapan yang disahkan menurut perenggan (1) di atas.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.