M. P.U. 5/82 PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982
Peraturan 5. Pembatalan perlantikan.
Majlis Agama Islam boleh membatalkan perlantikan seseorang ahli LUKMAL:
(a) jika tingkah-lakunya, sama ada berkaitan dengan tugas-tugas perlantikannya atau sebaliknya, adalah pada fikiran Majlis membawa keaiban atau kekejian kepada LUKMAL;
(b) jika kerana sesuatu sebab ia tidak mungkin dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna; atau
(c) jika ia dengan tiada apa-apa alasan atau kelulusan dari Pengerusi, telah tidak hadir di dalam mesyuarat LUKMAL tiga kali berturut-turut.