M. P.U. 5/82
PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982




Peraturan 17. Anggaran Belanjawan.

(1) LUKMAL hendaklah menyediakan dan menyampaikan kepada Majlis Agama Islam Melaka tidak lewat daripada 31hb Ogos dalam tiap-tiap tahun akan anggaran-anggaran segala pendapatan dan perbelanjaan LUKMAL. Majlis dalam mesyuaratnya boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh memerintahkan yang tersebut itu dipinda.

(2) Wang hendaklah tidak boleh dibelanjakan kecuali mengikut anggaran-anggaran sebagaimana yang tersebut dahulu dan dengan satu baucar yang ditandatangani oleh Pengerusi LUKMAL.

(3) LUKMAL tidak boleh berbelanja daripada anggaran yang telah diluluskan dalam anggaran belanjawanya. Jika perlu pindah atau tambah peruntukan LUKMAL hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam sebelum bayaran dibuat.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.