M. P.U. 5/82 PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982
Peraturan 7. Tujuan LUKMAL.
Tujuan penubuhan LUKMAL adalah seperti berikut:
(a) untuk meninggikan lagi pencapaian pungutan hasil Zakat di samping berusaha untuk memberikan penjelasan yang terperinci kepada umat Islam di Negeri Melaka berhubung dengan kewajipan untuk membayar zakat;
(b) untuk mengenalpasti dan memajukan tanah-tanah Wakaf dan harta-harta Wakaf di seluruh Negari Melaka sama ada melalui rancangan projek perindustrian, perumahan, perdagangan atau pertanian serta menseragamkan pentadbirannya;
(c) untuk mengkaji dan mempastikan bayaran sewa bagi rumah-rumah wakaf Masjid Kg. Hulu dan Masjid Kg. Keling; dan
(d) bagi menyelaraskan dan menyelesaikan hal-hal berhubung dengan harta-harta yang tidak berwaris dan yang ada bahagian bagi Baitulmal itu sendiri.