M. P.U. 5/82
PERATURAN-PERATURAN PUNGUTAN ZAKAT DAN FITRAH, URUSAN WAKAF DAN BAITULMAL NEGERI MELAKA 1982




Peraturan 11. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat LUKMAL hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Pengerusi boleh pada bila-bila masa pun memerintah Setiausaha supaya memanggil mesyuarat.

(3) Setiausaha hendaklah mengedarkan kertas memanggil mesyuarat dalam masa empat belas (14) hari setelah menerima satu perintah daripada Pengerusi.

(4) Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari pemberitahu yang bertulis hendaklah diberi bagi sesuatu mesyuarat.

(5) Pemberitahu itu boleh dikirimkan dengan pos yang dialamatkan kepada tiap-tiap ahli di tempat kediamannya yang akhir sekali diketahui dan hendaklah disifatkan telah sempurna diserahkan kepadanya mengikut perjalanan pos.

(6) Tidaklah mustahak diberi Pemberitahu mesyuarat kepada seseorang anggota yang keluar negeri buat sementara.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.