N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 22 - PELAKSANAAN Tugas-tugas Bailif
Kaedah 25. Pembayaran keluar.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Mahkamah oleh bailif untuk faedah mana-mana orang hendaklah atas permohonannya dibayar keluar kepadanya tanpa apa-apa perintah:
Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah menggunakan budibicaranya dalam mana-mana kes dan hendaklah, jika ia mendapat notis bahawa ada orang lain yang menuntut jumlah wang berkenaan atau sebahagian darinya, mengarah pemohon itu mendapat perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran keluar.