N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992




Borang 30.
BORANG 30

(Aturan 22 kaedah 9 (2) (a))

NOTIS GARNISHMEN



Antara

................................................................. Pemiutang penghakiman.

dan
................................................................ Penghutang penghakiman.

dan
............................................................... Garnishee.


Atas perintah pelaksanaan melalui garnishmen bertarikh........haribulan.......19.......

Adalah diperintahkan bahawa segala hutang yang kena dibayar atau terakru kena dibayar oleh garnishee yang disebut di atas kepada penghutang penghakiman yang disebut di atas (dalam jumlah wang sebanyak $.......................................) ditahan sebagai menjawab penghakiman yang didapatkan terhadap penghutang penghakiman tersebut oleh pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas di Mahkamah pada........haribulan........19...... untuk jumlah wang (atau untuk menjawab perintah yang dibuat di Mahkamah pada.......haribulan.......,19....... yang memerintahkan pembayaran oleh penghutang penghakiman tersebut kepada pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas akan jumlah wang) sebanyak $................................ (hutang dan kos $............................) (berserta dengan kos bagi prosiding garnishmen) yang atas penghakiman (atau perintah) itu jumlah wang sebanyak $................................... masih lagi terhutang dan belum dibayar.

Ambil perhatian selanjutnya bahawa semua harta yang dijadualkan di dalam notis ini hendaklah ditahan setakat nilai yang tersebut di dalamnya dan kamu adalah dengan ini dilarang daripada membuat sebarang transaksi pelupusan atau pelepasan berkenaan dengannya.

Ambil perhatian juga bahawa segala transaksi pelupusan atau pelepasan yang dilaksanakan selepas penyerahan notis ini adalah tidak sah dan kamu boleh dikenakan membayar gantirugi dan kos kepada pemiutang pcnghakiman.

Jika kamu mempertikaikan liabiliti kamu di bawah notis ini, kamu hendaklah dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyerahan notis ini memfailkan notis bantahan liabiliti di bawah ini kepada Mahkamah.

JADUAL

Dan adalah diperintahkan bahawa garnishee tersebut hadir di hadapan Mahkamah.......................... di................................. pada hari.......pada.......haribulan........19.......pukul.......pagi/petang atas permohonan oleh pemiutang penghakiman tersebut bahawa garnishee tersebut hendaklah membayar kepada pemiutang penghakiman tersebut hutang kena dibayar oleh garnishee tersebut kepada penghutang penghakiman tersebut atau sekian banyak daripadanya setakat yang cukup untuk menjelaskan penghakiman (atau perintah) tersebut, berserta dengan kos bagi prosiding garnishmen itu.

Bertarikh pada......................haribulan........................19.........

(METERAI)
........................................
HakimlPendaftar


Kepada garnishee dan penghutang penghakiman yang dinamakan di atas.

Ambil perhatian bahawa saya garnishee yang dinamakan di atas dengan membantah liabiliti yang dikenakan ke atas saya melalui notis ini, atas alasan-alasan yang berikut:
...........................................................
Garnishee (atau Peguam Syarie)





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.