N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 2. Perakuan pakar.

(1) Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia difikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana ulama muktabar, akauntan, aktuari, arkitek, ahli sains, ahli kimia, jurutera, pegawai perubatan, jurukur atau lain-lain pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa fatwa, akaun, analisa, pelan, rajah, atau dokumen berkaitan dan dikenalpasti oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya menyoal-balas di bawah subkaedah 2.

(2) Mana-mana pihak suci hati yang ingin menyoal-balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa-balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan-balas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.