N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 28 - PENGKOMITAN




Kaedah 4. Peruntukan-peruntukan tentang pendengaran.

(1) Mahkamah yang mendengar permohonan minta suatu perintah pengkomitan hendaklah didengar di Mahkamah terbuka.

(2) Suatu perintah pengkomitan terhadap orang yang diminta dikomitkan, hendaklah menyatakan-
(3) Kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar permohonan bagi suatu perintah pengkomitan, tiada alasan boleh disandarkan padanya di pendengaran itu kecuali alasan-alasan yang dinyatakan dalam afidavit di bawah kaedah 2. Peruntukan yang tersebut di atas tidaklah menjejaskan kuasa-kuasa Mahkamah di bawah Aturan 12.

(4) Jika atas pendengaran permohonan itu orang yang diminta dikomitkan menyatakan keinginannya untuk memberi keterangan lisan bagi pihak dirinya sendiri, maka dia adalah berhak berbuat demikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.