N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Pelaksanaan Melalui Pengkomitan




Kaedah 29. Kuasa untuk menggantung pelaksanaan perintah pengkomitan.

(1) Mahkamah yang membuat perintah pengkomitan boleh melalui perintah mengarahkan bahawa pelaksanaan perintah pengkomitan itu hendaklah digantung bagi apa-apa tempoh atau atas apa-apa terma atau syarat sebagaimana yang dinyatakan olehnya.

(2) Jika pelaksanaan sesuatu perintah pengkomitan digantung melalui suatu perintah di bawah subkaedah (1), maka pemohon bagi perintah pengkomitan itu mestilah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, menyampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu telah dibuat suatu notis untuk memberitahunya akan pembuatannya itu dan terma-terma perintah di bawah subkaedah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.