N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 28 - PENGKOMITAN




Kaedah 7. Kecualian bagi kuasa-kuasa lain.

Tiada apa-apa jua dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Aturan ini boleh dikira sebagai menyentuh kuasa Mahkamah untuk membuat suatu perintah menghendaki seseorang yang melakukan penghinaan terhadap Mahkamah, atau seseorang yang boleh dihukum menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis mengikut cara yang serupa seolah-olah dia telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah, supaya membayar denda atau memberikan jaminan untuknya berkelakuan baik, dan peruntukan-peruntukan itu, setakat yang berkenaan, dan dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang perIu, hendaklah terpakai berhubungan dengan permohonan minta suatu perintah yang sedemikian, sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan permohonan minta suatu perintah pengkomitan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.