N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Tugas-tugas Bailif




Kaedah 19. Bailif hendaklah menyimpan rekod dan menyediakan pernyataan akaun.

(1) Bailif yang menerima apa-apa wang di bawah apa-apa perintah pelaksanaan mestilah memberi resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang diterima sedemikian dan membayar wang itu kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Pendaftaran.

(2) Bailif mestilah menyimpan rekod mengenai segala jumlah wang yang diterima olehnya di bawah perintah pelaksanaan dan mengenai cara yang dia telah menggunakannya, dan hendaklah mengindorskan pada atau menambahkan kepada perintah itu suatu pernyataan mengenainya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.