N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK
Orang yang tidak berkeupayaan




Kaedah 14. Penurunan kepentingan.

Dalam hal mana-mana serahhak, pengwujudan, penukaran, perpindahan atau penurunan kepentingan, estet, hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak di antara permulaan mana-mana prosiding dan penghakiman di dalamnya, orang yang kepadanya kepentingan, estet, hakmilik, atau tanggungan telah diberi atau diturun boleh memohon supaya ditambah atau diganti sebagai satu pihak, dan plaintif boleh dengan cara yang sama memohon untuk penambahan atau penggantian tersebut, jika pihak berkenaan adalah defendan. Notis mana-mana permohonan tersebut hendaklah disampaikan kepada semua pihak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.