N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN
Penyampaian Dokumen-Dokumen Lain




Kaedah 14. Penyampaian tidak dikehendaki dalam hal-hal tertentu.

Jika menurut kuasa Kaedah-kaedah ini apa-apa dokumen dikehendaki disampaikan kepada mana-mana orang tetapi tidak dikehendaki disampaikan ke diri, dan pada masa penyampaian itu hendaklah dilaksanakan orang itu tidak mempunyai alamat untuk penyampaian, maka dokumen itu tidaklah perlu disampaikan kepada orang itu melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya oleh mana-mana Kaedah-Kaedah ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.