N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 11. Memfail notis.

(1) Dalam tiap-tiap kes di mana satu pihak itu dikehendaki menyampaikan atau menyebabkan untuk disampaikan apa-apa notis kepada pihak satu lagi atau seorang lain, ia hendaklah juga memfail satu salinan notis itu dalam Mahkamah, kecuali jika notis, dokumen atau prosiding yang hendak disampaikan itu atau satu salinannya telah pun difailkan sedemikian.

(2) Penyampaian mana-mana dokumen boleh dibuktikan dengan afidavit kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.