N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 35 - PEJABAT PENDAFTARAN




Kaedah 3. Tarikh pemfailan hendaklah ditandakan.

(1) Apa-apa dokumen yang difailkan di Pejabat pendaftaran dalam apa-apa prosiding mestilah dimeteraikan dengan meterai yang menunjukkan tarikh bila dokumen itu telah difailkan, dan apa-apa dokumen yang tidak dikehendaki oleh kaedah-kaedah ini supaya dimeteraikan mestilah menunjukkan tarikh ia telah difailkan.

(2) Butir-butir mengenai masa penghantarserahan di Pejabat Pendaftaran akan apa-apa dokumen untuk pemfailan, tarikh dokumen itu dan tajuk kausa atau perkara yang baginya dokumen itu menjadi sebahagian daripada rekod hendaklah dicatatkan dalam buku-buku berkenaan yang disimpan di Pejabat Pendaftaran bagi maksud itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.