N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 14 - BAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH




Kaedah 2. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada Aturan 13 dan kaedah 6 dan 7 Aturan ini, sekiranya bayaran masuk adalah sama dengan jumlah yang dituntut atau plaintif memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua tuntutannya, jumlah itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan plaintif boleh mendapat penghakiman bagi semua kos yang sebenarnya dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat penghakiman bagi kos tersebut melainkan dibayar tanpa perintah. Jika pembayaran itu adalah mengenai sebahagian dari tuntutannya, plaintif boleh meneruskan dengan tindakannya berkenaan dengan bahagian yang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.