N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 5 - PERMOHONAN




Kaedah 2. Permohonan lisan.

(1) Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam Borang 4 dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Dalam hal yang demikian permohonan itu hendaklah direkodkan oleh Mahkamah dan difailkan.

(2) Mahkamah boleh mengarahkan supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.