N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 22. Kehendak-kehendak tentang salinan.

(1) Tiap-tiap salinan sesuatu dokumen, yang dibekalkan kepada sesuatu pihak di bawah Kaedah-kaedah ini, mestilah menunjukkan pada pengindorsan itu bilangan folio yang terkandung di dalamnya.

(2) Sebelum salinan sesuatu dokumen dibekalkan kepada suatu pihak di bawah Kaedah-kaedah ini, ia mestilah diindorskan dengan nama dan alamat pihak atau Peguam Syarie yang membekalkannya.

(3) Pihak yang membekalkan salinan di bawah kaedah 21, atau, jika dia mendakwa atau hadir melalui seorang Peguam Syarie, Peguam Syarienya hendaklah bertanggungjawab memastikan yang salinan itu adalah salinan sebenar bagi salinan asal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.