N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK
Penyatuan




Kaedah 18. Penyatuan.

(1) Jika dua atau lebih kausa atau perkara belum selesai dalam Mahkamah yang sama, maka jika ternyata kepada Mahkamah-
maka Mahkamah boleh memerintahkan supaya kausa-kausa atau perkara-perkara itu disatukan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil atau boleh memerintahkannya supaya dibicarakan serentak atau satu lepas satu atau boleh memerintahkan mana-mana daripadanya supaya digantung sehingga selepas diputuskan mana-mana daripada kausa atau perkara yang lain itu.

(2) Permohonan untuk penyatuan hendaklah melalui notis-
(3) Suatu perintah untuk penyatuan mestilah dalam Borang 10, dan hendaklah mengarahkan bahawa kausa atau perkara yang mengenainya permohonan itu dibuat hendaklah selepas dari ketika itu diteruskan dalam mana-mana kausa atau perkara yang lain dan bahawa tajuk bagi kausa atau perkara yang lain itu hendaklah dipinda dengan menambahkan kepadanya tajuk bagi kausa atau perkara yang mengenainya permohonan itu dibuat.

(4) Apabila perintah yang sedemikian dibuat, fail kausa atau perkara yang mengenainya permohonan itu dibuat hendaklah dipindahkan dan ditambahkan kepada fail mengenai kausa atau perkara yang lain itu, dan salinan perintah itu hendaklah ditinggalkan sebagai ganti fail yang dipindahkan itu, dan memorandum mengenai pemindahan itu hendaklah dicatatkan dalam Buku Kausa bersetentangan dengan kausa atau perkara yang disatukan sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.