N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK




Kaedah 1. Definisi.

(1) Di dalam Aturan ini "plaintif'" termasuklah pemohon dan "defendan" termasuklah pihak menentang dan "menuntut" dan "membela" hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Semua orang boleh bercantum sebagai plaintif atau defendan dalam suatu tindakan dalam atau terhadap mana-mana hak untuk relif berkenaan dengan atau timbul daripada urusan yang sama atau urusan bersiri yang dikatakan wujud, sama ada bersama, berasingan atau beralternatif di mana jika tindakan berasingan dikemukakan apa-apa persoalan undang-undang atau fakta yang sama mungkin berbangkit:

Dengan syarat jika pada pendapat Mahkamah bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan defendan atau melengahkan pembicaraan atau tidak menyenangkan Mahkamah boleh sama ada atas permohonan defendan atau atas usulnya sendiri, memerintahkan pembicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikir patut.

(3) Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana plaintif untuk relif yang ia berhak atau terhadap satu atau lebih defendan sebagaimana yang didapati bertanggungjawab mengikut tanggungan mereka masing-masing.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.