N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992




Borang 16A.
BORANG 16A

(Aturan 11 kaedah 2 (2) (a))

NOTIS KEHADIRAN

(Harta Tak Alih)
(Tajuk Am)

Ambil perhatian bahawa-

I. Saya mengakui tuntutan plaintif bagi pemilikan premis yang tersebut dalam butir-butir tuntutan dalam

notis ini dan saya menawar untuk memberi pemilikan pada........haribulan........

(atau $.......................sebahagian daripada tuntutan) dan saya menawar untuk membayarnya,

dengan kos atau amaun itu, pada.......haribulan........19........ atau secara ansuran

sebanyak $.................... sebulan bermula dari .........haribulan........19......... 2. Saya pertikaikan tuntutan plaintif dan ingin menggunakan khidmat seorang Peguam Syarie:

3. Saya pertikaikan tuntutan plaintif kerana sebab-sebab yang berikut:

Alamat saya untuk penyampaian ialah.......................................................

Bertarikh pada......................haribulan........................19.........

..........................................................
Defendan (atau Peguam Syarie)
Kepada Pendaftar dan plaintif (atau Peguam Syarie)

Arahan-Arahan:

Kepada Defendan

(1) Potong mana-mana perenggan yang tidak berkenaan.

(2) Jika kamu mengakui tuntutan itu dan menghendaki masa untuk membayar atau membayar secara ansuran bekalkan butir-butir yang dikehendaki daiam perenggan 1.

(3) Nyatakan alamat di mana notis-notis dan dokumen-dokumen lain boleh disampaikan kepada kamu.

(4) Lengkapkan dan tandatangani notis dalam dua salinan.

Sertakan fee $2 dan poskan atau hantarserahkannya kepada Pendaftar, Mahkamah.......................di......................
Salinan yang satu lagi hendaklah diposkan atau dihantarserahkan kepada plaintif yang alamatnya untuk penyampaian adalah seperti pada saman itu. Notis-notis itu hendaklah sampai kepada Pendaftar dan plaintif tidak lewat daripada 7 hari selepas penyampaian saman ini, termasuklah hari penyampaian.

(5) KeIengahan membayar atau mengembalikan notis boleh menambahkan kos.

(6) Kiriman kepada Mahkamah melalui pos mestilah melalui KIRIMAN POS ATAU KIRIMAN WANG SAHAJA, yang kena dibayar kepada Pendaftar dan dipalang. Bayaran Pos mestilah dahulu.

(7) Kamu mestilah hadir di Mahkamah pada hari kembalian bagi saman.

Kepada Plaintif

(8) Kamu perlu hadir di Mahkamah pada hari kembalian bagi saman untuk mendapatkan penghakiman atas tuntutan kamu bagi pemilikan tetapi tiada kos yang dilakukan oleh kamu selepas penerimaan notis ini berkenaan dengan apa-apa perkara yang diakui oleh defendan dan dinyatakan di atas boleh dibenarkan terhadap defendan yang telah membuat pengakuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.