N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK
Kaedah 5. Pindaan dan penyampaian.
Jika berlaku pertukaran pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai-
(a) tajuk prosiding hendaklah dipinda sewajarnya; dan
(b) mana-mana orang yang ditambah atau diganti sebagai defendan hendaklah diserahkan dokumen prosiding melainkan ia bersetuju tidak perlu dokumen itu diserahkan kepadanya. Prosiding terhadapnya hendaklah disifatkan sebagai telah dimulakan mulai tarikh penyerahan atau persetujuan itu mengikut yang mana berkenaan.