N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 4. Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan.

(1) Jika:
(2) Jika sesuatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan di dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah kaedah 5 yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam sesuatu masa yang lain, maka sebutan-sebutan dalam subkaedah (1) kaedah ini mengenai sesuatu penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah kaedah 5.

(3) Jika di bawah apa-apa penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai alternatif untuk membayar nilai tertaksir harta itu, maka penghakiman atau perintah itu tidaklah boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subkaedah (1), tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang yang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, dan perintah itu bolehlah dikuatkuasakan sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.