N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 7 - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA




Kaedah 2. Permohonan minta, dan pemberian, kebenaran untuk menyampaikan saman di luar bidang kuasa.

(1) Sesuatu permohonan minta diberikan kebenaran di bawah kaedah 1 mestilah disokong dengan afidavit dalam Borang 8 menyatakan alasan-alasan berasaskannya permohonan itu dibuat dan bahawa, mengikut kepercayaan deponen, plaintif ada kuasa tindakan yang baik, dan menunjukkan tempatnya atau negeri di mana defendan itu berada atau mungkin dapat dijumpai.

(2) Tiada kebenaran sedemikian boleh diberikan melainkan jika ternyata dengan secukupnya kepada Mahkamah bahawa hal itu adalah suatu hal yang patut untuk penyampaian luar bidang kuasa.

(3) Sesuatu perintah dalam Borang 9 yang dibuat di bawah kaedah 1 memberikan kebenaran untuk menyampaikan saman di luar bidang kuasa mestilah menetapkan hari kembalian bagi saman itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.