N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 14 - BAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH




Kaedah 1. Bayaran masuk.

(1) Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang berkenaan dengan kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai bayaran masuk dan sekiranya bayaran masuk itu kurang daripada jumlah yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan untuk apa bayaran itu dibuat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.