N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN




Kaedah 10. Pengindorsan penyampaian.

Jika sesuatu saman atau permohonan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada seseorang selain daripada menurut kuasa kaedah 1(2) maka orang yang menyampaikan saman atau permohonan itu mestilah mengindorskan pada saman atau permohonan itu dalam Borang 5, butir-butir yang berikut, iaitu, harinya dalam minggu dan tarikh ia telah disampaikan, di mana dan bagaimana ia telah disampaikan, orang yang kepadanya ia telah disampaikan dan dikenalpastikan oleh siapa (jika ada), dan, jika dia bukan defendan, atas sifat apakah dia disampaikan; dan orang yang menyampaikan saman atau permohonan itu mestilah menandatangani dan mentarikhkan pengindorsan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.