N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Tugas-tugas Bailif




Kaedah 14. Bailif hendaklah memberi resit.

(1) Bailif mestilah memberi suatu resit bagi setiap jumlah wang yang didepositkan dan dia hendaklah menggunakan jumlah-jumlah wang sedemikian atau sekian banyak daripadanya sebagaimana yang perlu bagi kos pelaksanaan.

(2) Bailif mestilah mengembalikan kepada pemiutang penghakiman apa-apa baki wang yang tinggal selepas melepaskan orang atau harta alih yang disita, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perintah pelaksanaan itu.

(3) Jika harta alih yang disita di bawah sesuatu perintah pelaksanaan dijual oleh bailif atau dia menerima amaun levi itu tanpa jualan, maka apa-apa jumlah wang yang didepositkan oleh pemiutang penghakiman mestilah, setakat yang dibenarkan oleh wang yang termasuk ke dalam tangan bailif, dipulangkan kepada pemiutang penghakiman.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.