N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN




Kaedah 4. Mengeluarkan perintah pelaksanaan.

Tertakluk kepada kaedah 3 pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu permintaan untuk perintah pelaksanaan dalam Borang 28 dan Pendaftar, jika tidak ternyata olehnya kenapa perintah pelaksanaan tidak patut dikeluarkan, hendaklah meluluskannya dengan menandatangani dan memeteraikan perintah dalam Borang yang sama dalam dua salinan, satu salinan difailkan dan yang satu lagi diserahkan kepada bailif.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.