N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 20 - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 6. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya bila penghakiman atau perintah diberi atau dibuat, salinan penghakiman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan perlaksanaan terhadapnya tidak boleh diambil kecuali, ia telah disampaikan dengan satu salinan penghakiman atau perintah yang diindorskan dengan notis dalam Borang 23.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.