N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 18 - SEPINA




Kaedah 7. Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak.

(1) Sesuatu permohonan minta perintah di bawah seksyen 30 Ordinan Penjara 1952 [Ord. 8/52] supaya seseorang yang dikurung dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah bolehlah dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis yang disokong dengan afidavit dalam Borang 21.

(2) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam jagaan selamat pergi balik ke Mahkamah dari penjara mestilah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa itu.

(3) Sesuatu perintah untuk mengemukakan orang yang sedemikian mestilah dalam Borang 22.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.