N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 18 - SEPINA




Kaedah 1. Permintaan bagi sepina.

(1) Sebelum sesuatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang 19 bagi pengeluaran sepina itu mestilah difailkan di Pejabat Pendaftaran; dan permintaan itu mestilah mengandungi nama dan alamat pihak yang mengeluarkan sepina itu, jika dia bertindak secara sendiri, atau nama atau firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak tersebut.

(2) Pengeluaran sepina adalah terlaksana sebaik sahaja ia dimeteraikan oleh seorang pegawai Pejabat Pendaftaran.

(3) Sesuatu sepina mestilah mengikut salah satu bentuk dalam Borang 20.

(4) Tiap-tiap sepina selain daripada sepina untuk mengemukakan dokumen-dokumen atau benda-benda boleh memasukkan nama dua orang atau lebih.

(5) Sesuatu sepina untuk mengemukakan dokumen-dokumen atau benda-benda mestilah mengandungi nama satu orang sahaja.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.