N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 32 - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH
Fee Mahkamah




Kaedah 8. Fee Mahkamah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain Fee Mahkamah hendaklah dikenakan kepada semua tindakan, hal dan prosiding di dalam Mahkamah dan hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

(2) Semua fee tersebut hendaklah dibayar dengan wang tunai:

Dengan syarat bahawa dalam prosiding oleh atau terhadap Majlis Agama Islam atau Kerajaan, Majlis Agama Islam atau Kerajaan tidak diperlukan membayar apa-apa fee Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.