N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 23 - PEMBAHAGIAN KADAR.




Kaedah 2. Cara mendapat perintah tahanan kemudian, dsb.

(1) Apa-apa harta yang ditahan melalui perintah pelaksanaan oleh mana-mana Mahkamah sama ada telah diambil dan diletak di dalam jagaannya atau sebaliknya, hendaklah dianggap sebagai telah disita oleh Mahkamah dan hendaklah seterusnya tidak boleh disita oleh orang lain, tetapi jika perintah atau waran tahanan atau sitaan telah dikeluarkan kemudiannya atas harta yang sama dibuat oleh Mahkamah itu atau Mahkamah lain, perintah atau waran itu atau salinannya yang sah, boleh diserah kepada bailif yang menyita harta itu dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa sebagai suatu tahanan bagi maksud Aturan ini.

(2) Jika sesuatu harta itu tidak boleh diambil untuk perjalanan bailif atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain mana-mana perintah tegahan atau dokumen yang sama bagi maksud melindungi kepentingan pemiutang penghakiman kemudiannya bolehlah diserahkan atau didaftarkan dan hendaklah mempunyai kesan mengikut peruntukan-peruntukan subkaedah (1).

(3) Jika harta itu dilepaskan daripada perintah tahanan terdahulu ia hendaklah dianggap sebagai telah ditahan dan disita di bawah perintah atau waran terkemudian itu.

(4) Jika harta itu kekal di bawah perintah tahanan terdahulu dan tiada suatu perintah penjualan mengenainya telah dibuat 2 bulan selepas tahanan itu, harta itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilepas daripada tahanan terdahulu dan subkaedah (3) hendaklah dipakai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.