N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 28 - PENGKOMITAN




Kaedah 2. Permohonan kepada Mahkamah.

(1) Tiada permohonan kepada Mahkamah minta suatu perintah pengkomitan terhadap mana-mana orang boleh dibuat melainkan jika kebenaran untuk membuat suatu permohonan yang sedemikian telah diberikan mengikut kaedah ini.

(2) Suatu permohonan untuk kebenaran sedemikian mestilah dibuat secara ex parte melalui notis yang disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan nama dan perihalan pemohon, nama, perihalan dan alamat orang yang diminta dikomitkan dan alasan-alasan yang berdasarkannya pengkomitan itu diminta.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.