N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK Orang yang tidak berkeupayaan
Kaedah 8. Peruntukan am mengenai ketidakupayaan.
Jika plaintif adalah orang yang tidak berkeupayaan-
(a) persetujuan penyelesaian atau penolakan tidak boleh disahkan kecuali dengan izin Mahkamah;
(b) semua wang atau harta yang diperolehi bagi plaintif dalam atau akibat dari tindakan itu hendaklah dibayar kepada Mahkamah, atau didepositkan di Mahkamah kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.