N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 11 - SURAT GUAMAN (PLIDING)
Kaedah 3. Bentuk pembelaan.
Tiap-tiap pembelaan hendaklah-
(a) sarna ada mengaku atau mempertikaikan tiap-tiap pengataan material mengenai perkara dalam penyata tuntutan. Penafian hendaklah tepat, dan menjawab perkara asas;
(b) menyatakan dengan padat apa-apa fakta baru yang digunakan oleh defendan melalui pembelaan atau peringanan gantirugi;
(c) membangkitkan dengan padat dan tanpa berhujah mana-mana perkara undang-undang yang perlu; dan
(d) ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.