N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 20. Peraturan-peraturan tentang pencetakan, dsb.

(1) Kecuali jika Kaedah-kaedah ini memperuntukkan selainnya, tiap-tiap dokumen yang disediakan oleh suatu pihak bagi kegunaan di Mahkamah mestilah dihasilkan melalui salah satu daripada cara-cara yang berikut, iaitu, cetakan, tulisan (yang mestilah terang dan boleh dibaca), dan taipan selain daripada dengan menggunakan karbon, dan boleh dihasilkan sebahagiannya dengan salah satu daripada cara-cara itu dan sebahagian lagi dengan satu cara lain atau cara-cara lain yang ada itu.

(2) Apa-apa taipan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen bagi kegunaan seperti yang disebut terdahulu mestilah sedemikian supaya memberi teraan yang terang dan boleh dibaca dan mestilah tidak lebih kecil daripada taip 11 poin bagi cetakan atau taip elit bagi litografi bertaip, penduaan stensil atau taipan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.